Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys.
Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A'Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.