Taman Rama-rama & Reptilia

Satu lagi tempat menarik untuk dikunjungi di kawasan Ayer Keroh adalah Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka yang menjadi tempat tinggal berbagai spesies rama-rama dan reptilia. 
4-tmn_rama2.jpg

Selain rama-rama, yang merupakan hidupan utama di sini, pengunjung juga boleh menyaksikan pelbagai jenis reptilia termasuk ular, labah-labah, kala jengking dan ratusan jenis serangga yang pastinya akan membuatkan pengunjung merasa geli geleman.

Menyaksikan reptilia ini secara dekat, terutamanya ular, tentunya akan membuatkan pengunjung lebih memahami kehidupan dan habitat binatang yang seringkali disalah anggap ini.

Bayaran Masuk
Dewasa RM15.00
Kanak-kanak (3-12 Tahun) RM8.00 - See more at: http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/tempat-tempat-menarik/rekreasi#sthash.kdHqmPZT.dpuf